SUNGAI PETANI, 22 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.
Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berkfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.
"Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa," katanya.
Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.
"Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya.
sumber Bernama
wew....sebab tekanan putus tunang jew boleh menbunuh2..menakotkan betul..kat cnie slalu dengar dk putus2 cinta..risau jugak..lepas ni tido kena kunci pintu nie...hahaha..
nota kecik : nk layan couter strike lak rinie...hehe
update news by amdinPurple : suspek adalah budak semester 1. suspek ditangkap di area lembah bujang. sebelum itu ada saksi nampak suspek melewaq tanpa baju kat ATM dan bangunan kolej lelaki Malinja di block C. Akhir sekali dapat tangkap kat lembah bujang ,merbok.
6 comments:
dashat..smpi mcm tu sekali..
tu tempat saye blaja T__T naseb baik tengah cuti sem.
mohd izzar : dunia sekarang...macam boleh jadi...moga kita semua dilindungi.
cik tempe : Alhamdulillah...insyaAllah kita semua di jauhi dr semua ni...
subhanallah..sampai mcm tu skali.
Bismillah
Selamat Hari Raya.
Jangan main mercun buatan sendiri nnt putus jari...kehkehkeh
huiyooo takot giler..
pergh~~
Post a Comment