Kata Aluan

momo's friend
harap korang dapat sesuaikan diri kat sini ye. moga ukhwah antara kita semua terus tesemai. jika ada apa-apa cadangan atau pendapat boleh comment sini or email ke adi5683ayu@gmail.com. TERIMA KASIH dari warga db-momo.
Sila Tinggalkan Link Korang Kat Bawah Nie Yew

August 22, 2011

Pelajar IPTA Cedera Rakan Kelar Leher

SUNGAI PETANI, 22 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.

"Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berkfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

"Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa," katanya.

Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

"Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh," katanya.

sumber Bernama


wew....sebab tekanan putus tunang jew boleh menbunuh2..menakotkan betul..kat cnie slalu dengar dk putus2 cinta..risau jugak..lepas ni tido kena kunci pintu nie...hahaha..

nota kecik : nk layan couter strike lak rinie...hehe

update news by amdinPurple : suspek adalah budak semester 1. suspek ditangkap di area lembah bujang. sebelum itu ada saksi nampak suspek melewaq tanpa baju kat ATM dan bangunan kolej lelaki Malinja di block C. Akhir sekali dapat tangkap kat lembah bujang ,merbok.

6 comments:

Unknown said...

dashat..smpi mcm tu sekali..

said...

tu tempat saye blaja T__T naseb baik tengah cuti sem.

momo said...

mohd izzar : dunia sekarang...macam boleh jadi...moga kita semua dilindungi.

cik tempe : Alhamdulillah...insyaAllah kita semua di jauhi dr semua ni...

Gadis berkaca mata said...

subhanallah..sampai mcm tu skali.

ctpayong said...

Bismillah

Selamat Hari Raya.

Jangan main mercun buatan sendiri nnt putus jari...kehkehkeh

Anonymous said...

huiyooo takot giler..
pergh~~

Klik me