Kata Aluan

momo's friend
harap korang dapat sesuaikan diri kat sini ye. moga ukhwah antara kita semua terus tesemai. jika ada apa-apa cadangan atau pendapat boleh comment sini or email ke adi5683ayu@gmail.com. TERIMA KASIH dari warga db-momo.
Sila Tinggalkan Link Korang Kat Bawah Nie Yew

November 20, 2011

PEREMPUAN CANTIK VS MUSLIMAH CANTIK

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya.
Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.





~Moga Ini Baik, InsyaAllah~

November 3, 2011

MUHASABAH- "Tidak sempat..."

Ya Allah, cepatnya masa berlalu.
Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu.
Pejam celik rupa-rupanya sudah masuk bulan yang baru.
Tahun pula silih berganti sepantas jam saat yang berdetik.


Kalau begitu,
hidup didunia memang sah sangat pendek berbandingkan dengan kehidupan di akhirat yang abadi.
Kalau syurga menjadi destinasi, Alhamdulillah..
Kalau neraka, Nauzubillah...


Tetapi hairan jika ada yang berkata
" Alamak, tidak sempat nak buat ibadah! "
Belum sempat dikumpulkan bekal,
sudah dipanggil menghadap-Nya.

Lebih baik usahakan seperti ini:

Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dengan ibadah dan taat.


 Tidak sempat mazmumah singgah di hati sebab mahmudah menguasai segenap ruang hati.



Tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal.


Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.


Tidak sempat terlajak Subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing.


Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah.


Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab terlalu sibuk menyebarkan kasih sayang

Masya-Allah, berlambak rupanya kebaikan boleh dipungut jika selalu tidak sempat membuat kemungkaran dan kebaikan.


sumber: Majalah Solusi Isu No.37, m/s 57
~Moga Ini Baik, InsyaAllah~

October 3, 2011

Mana Pergi Bus MiMet??

Assalamualaikum,

hari nie adi nk update ckit pasal satu cita nie. jeng-jeng. bukan cerita panas pun. semua ni bermula di hari jumaat. apa benda yang paling penting bagi lelaki hari jumaat?hehehe. semestinya solat jumaat kn?tol x..tol x?



ok cerita die bermula macam nie. hari jumaat ritu hari buzy gak la tk adi. tp xla buzy sngt juz buat kerja tergesa2. mau taknya tetiba jew kawan adi soh adi wat introduction untuk report ship material. memang dia gtau soh adi buat. tapi bila adi tnya sekali lg dia soh buat graph jew. adi ingat die dah buat intro tetiba pagi tu dia kata introduction xdk lagi. kalot adi buat introduction sowg2. tidak dk buat ngan member sowg ag. hehe. tapi sempat la siap juga Alhamdulillah walupon xperfect. ehhhh...dah lari dari apa adi nk cita. sory2 juz nk lepas geram cikit.



semuanya bermula lepas tu la. time nk g jumaat la. sebelum adi g panas engine moto g la ambik wuduk dlu. then ada nmpak budak2 dk bekeliaran kat luar. bilik adi kat ground floor. jgn mai curi p1max adi sudah. dah la dlu laptop hilang. huhuh. jd adi kucni la pintu lepas ambik wuduk. then time g kat moto ada budak tu tnya. "abang ada moto yang kosong tak?". pastu adi jawap "takdak la, moto orang tumpang". heran gak adi kenapa la tetiba ada orang nk tumpang nie. nk tolong tapi xterdaya. hahaha. gpon lepas solat adi nk g makan kat mak dak. kalo bawak die rosa plan oiiii...hehehe.



then sampai masjid rasa cm legang sikit ja. xramai orang. heran la jugak slalunya tempat depan kipas time2 cm2 mmg penuh. hahaha. then tadi adi check fb JPM baru ternampak something.
rupa-rupanya....



October 1, 2011

Preparation for Our Convocation

by ayu
Assalamualaikum wbt...
lamanya ayu tak update di sini...
asyik Adi ja update sampai dia pun kadang-kadang ketandusan ilham nak update apa...
so, utk entry kali ini,
just nak kongsi salah satu persediaan yang dibuat oleh ayu dan adi menjelang hari konvo kami...

baju kemeja dan tai yang bakal dipakai oleh en. Adi pada 08/10/2011 pada Majlis Konvokesyen ke-8 UniKL 2011 di PICC, Putrajaya.....

jubah beserta selendang pashmina yang bakal dipakai oleh cik Ayu pada 23/10/2011 pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75 
Di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.....

walaupun ini hanyalah konvokesyen diploma, tapi ia sangat bermakna buat kami...
moga Allah mempermudahkan urusan kita semua dalam segala hal..
nantikan entry mengenai konvokesyen Adi dan Ayu pada masa akan datang,InsyaAllah...
sekian, Wassalam wbt...

~Moga Ini Baik, InsyaAllah~