Kata Aluan

momo's friend
harap korang dapat sesuaikan diri kat sini ye. moga ukhwah antara kita semua terus tesemai. jika ada apa-apa cadangan atau pendapat boleh comment sini or email ke adi5683ayu@gmail.com. TERIMA KASIH dari warga db-momo.
Sila Tinggalkan Link Korang Kat Bawah Nie Yew

August 26, 2011

Lailatul Qadar

by adminBlack

Assalamualaikum


hari nie dah 26 ramadhan kan?harap2 momo xsilap la. ingat malam nie nk g terawih. yela dah dekat nk hbis dah bulan ramdhan baru 2x jew g terawih. hehehehe. maklum la sekarang cuti xla jadual pack mcm selalu. insyaAllah. tadi dk baca artikel kat internet nie jd momo nk kongsi sikit infomasi yang bagus. tingal bapa hari lagi nk raya. harap belum terlambat la infomasi nie. kalo terlambat pon boleh guna untuk ramadhan akan datang. jika panjang umur la ye. insyaAllah. lagi pon xsalah kita sebarkan ilmu. selalunya bnyak orang dk citer kelebihan2 lailatul qadar, tapi ada tak tanda-tandanya?ni la momo nk kongsi

tanda-tanda lailatul qadar :



1 - Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah AlQadr)

2 - Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (Hadith Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

3 - Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..” (Hadith Riwayat Muslim)

6 - Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang.” (Hadith Riwayat Muslim)

5 - Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadith hassan)

6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radhiallahu ’anhum.


Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara jelas adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadith Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)
sumber : SINI
amacam korang dapat rasa tak tanda2 ni?hehe..cuma sekarang kat yan hujan lebat, jadi cahaya matahari pn sudah lemah, semalam time balik kedah atas highway, bila tengok langit nmpak cahaya matahari tapi sangat lemah. cuaca pn sejuk jew pagi nie. jadi jangan lepas peluang..

nota kecik : saya bukan ustaz sekadar berkongsi

~Moga Ini Baik, InsyaAllah~

2 comments:

PaK PiS said...

entri yg bgus..terima kasih sbb perkongsian.. moga amal kite dterima Allah.. InsyaAllah.. ^_^

momo said...

sama-sama....moga amalan kita diterima, insyaAllah...

Klik me