Kata Aluan

momo's friend
harap korang dapat sesuaikan diri kat sini ye. moga ukhwah antara kita semua terus tesemai. jika ada apa-apa cadangan atau pendapat boleh comment sini or email ke adi5683ayu@gmail.com. TERIMA KASIH dari warga db-momo.
Sila Tinggalkan Link Korang Kat Bawah Nie Yew

August 15, 2011

Allah Pencipta Alam

Assalamualaikum...
Semalam aku xsempat nk update blog nie
maklumla kelas pagi
takot terbabas lak sekali ngan sahur
jd perlu tido awal

apa pon sebelum tido semalam sempat la masok laman web iLuvislam
cari artikel2 menarik
then akutetarik ngan 1 artikel nie
meh nk kongsi ckit..

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…..
“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan apabila bulan mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaanya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya. Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya, kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas, ketika bangkit orang yang paling celka di antara mereka, lalu Rasul ALLAH (Saleh) berkata kepada mereka: Biarkanlah unta betina ALLAH dan minumannya, lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka TUHAN mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu ALLAH menyama-ratakan mereka dengan tanah, dan ALLAH tidak takut terhadap akibat tindakan-NYA itu.”
(Surah Al-Syams:1-15)



Surah ini diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w sebelum hijrah dan diklasifikasikan sebagai Surah al-Makiyyah. Ia mempunyai 15 ayat, 54 kalimat dan 247 huruf. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil daripada surah ini. Antaranya ialah dorongan supaya manusia sentiasa memperhatikan, memikir dan mensyukuri segala bukti kekuasaan ALLAH yang mencipta pelbagai jenis ciptaan di alam ini.

http://chandra.harvard.edu/photo/2005/orion/solar_system_ill.jpg
"Betapa tingginya kekuasaan ALLAH yang Maha Pencipta dan kerdilnya diri manusia..."


Selain itu, terdapat janji ALLAH kepada hambaNYA yang bertakwa pasti akan merasai kebahagian di dunia dan akhirat dan sudah pasti ganjaran Neraka kepada hamba-NYA yang fasik serta kufur di mana mereka akan kecewa dengan apa yang mereka lakukan di dunia ini. Dalam pembukaan surah ini, ALLAH menyuruh kita supaya menghayati setiap kejadian yang ALLAH telah kurniakan. Betapa tingginya kekuasaan ALLAH yang Maha Pencipta dan kerdilnya diri manusia yang hanya diciptakan daripada tanah yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan sesuatu tanpa izin-NYA.

Kisah teladan yang boleh diambil daripada surah ini ialah Kisah Nabi Saleh a.s dengan kaumnya. Nabi Saleh a.s mengingati kaumnya agar mereka berhati-hati dan tidak menganggu mukjizat ALLAH kepadanya iaitu unta betina dan juga tempat minuman. Ternyata Kaum Thamud tidak menghiraukan peringatan itu lalu mereka membunuh unta tersebut.

Rentetan daripada perbuatan mereka ini, ALLAH telah menurunkan azab bencana ke atas mereka tanpa pengecualian seorang daripada mereka di mana ALLAH meratakan mereka dengan tanah. Begitulah keagungan kekuasaan ALLAH yang tiada tolok bandingannya dengan sesiapa di dunia ini. Marilah kita hayati ungkapan surah-surah di dalam al-Quran yang membicarakan keagungan ALLAH yang ditamsilkan dengan alam semulajadi.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan yang Maha Agung..."

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan yang Maha Agung. Dan kecewalah orang-orang yang hanya menjadikan hawa nafsunya sebagai tongkat membawa dirinya di dunia ini. Sesungguhnya manusia ini diciptakan oleh ALLAH untuk berjuang menghadapi kesulitan dan jangan terlalu lalai atau leka dengan harta benda serta anak-anak yang banyak kerana mereka tidak akan mendekatkan manusia kepada ALLAH.

Surah ini juga mengingatkan manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH dan DIA-lah yang memberi petunjuk kepada jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat….


sumber : iLuvislam

Apa yang nk dikongsikan dekat sini adalah tentang surah Al-syams di bawah nie.

“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan apabila bulan mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaanya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya."


aku tetarik sangat dengan ayat diatas. Apa yang dicipta oleh di bumi ini adalah untuk manusia menikmatinya dan besyukur kepadanya. mungkin lepas ni aku nk beli 1 kamera dslr mcm adminPurple. hobi adminPurple shoot gambar2 alam sekitar. apa salahnya kalo join sekali ye x?hehehe...sharing is loving...hanya kita saja dapat menyempurnakan kejadian Allah bukan membinasakanya

Moga ini Baik, InsyaAllah......

ni jew nk kongis pon. nnti kalo jmpa articel menarik aku kongsi lagi. gpon aku malas membaca nie. saje jew semalam rajin telebih. mybe bosan kot..hehe

nota kecik : '1st time tulis entry mcm nie..hehe'

by adminBlack,

No comments:

Klik me